Kata Nabi : “Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan
Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.” (Bukhari &
Muslim)
“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih
dicintai daripada isterinya, hartanya dan sekelian manusia.”
(Bukhari & Muslim)
Pernah Abu Razin Al ‘Uqaili bertanya: “Wahai Rasulullah.
Apakah iman itu?”
Rasulullah SAW menjawab: “(Iman itu ialah) Allah dan Rasul-Nya
lebih kamu cintai daripada yang lain.”(Ahmad)
“Katakan: kalau bapa-bapa kamu, anak-anakmu, saudara-
saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang
kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatiri akan kerugian
dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu lebih kamu
cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjuang di j
alan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya.
Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang
fasiq.”(Surah At Taubah : 24)
Berdasarkan zahir hadith itu, perkataan yang digunakan nampak
keras iaitu "TIDAK BERIMAN". Tidak beriman di sini lebih kepada
TIDAK SEMPURNA IMAN/CACAT IMAN seseorang jika berbuat
demikian. Tapi kita khuatir ia akan membawa kepada benar-
benar tidak beriman sekiranya sudah sampai ke peringkat
melampau. WA.
No comments:
Post a Comment