Thursday, 3 May 2012

bacalah AL-QURAN


     Al-Quran , apakah tanggungjawab kita padanya?

Jawapan: Makna Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam dan keselamatan sejagat. Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab. Ini menunjukkan segala bentuk kesempurnaan dan kemuliaan itu wujud di dalam Quran itu sendiri. 

Sebagai orang Islam, kita dipertanggungjawabkan beberapa perkara ke atas Quran, antaranya:

1. Memelihara dan menjaga kesucian Quran supaya tidak tercemar ataupun dicemar, dihina ataupun dipermain-
mainkan dan sebagainya.
2. Mempercayainya sebagai kitab Allah yang suci dan qadim.
3. Mempelajari dengan membaca dan memahami segala isi kandungannya.
4. Menghayati dan beramal dengannya secara keseluruhan dalam aspek kehidupan.

                                           

No comments:

Post a Comment